Faculty of Film, Theatre and Animation Universiti Teknologi MARA (UiTM)
YOUR CREATIVE JOURNEY
Week 2/ 14 weeks
05–11 October 2026
◈
2 credits80 student learning hours
◷
28h + 52hFace-to-face + student preparation
▧
Blended learningLectures · Discussion · Industry
◎
100% courseworkContinuous assessment
Announcements
Course notices and updates for FAA422.
WEEK 3 · ANALISIS GENRE · 13 OKTOBER 2026
Unsur Pantang Larang & Legenda Urban
Rujukan Pelajar · Pantang Larang & Legenda Urban
Rujuk infografik ini semasa menyemak elemen cerita kumpulan anda. Kenal pasti ciri yang digunakan dan tunjukkan bagaimana ciri tersebut hadir dalam logline atau sinopsis.
Pantang larang: Semak larangan, tindakan dan akibat, konteks budaya, nasihat dan nilai, serta pewarisan.
Legenda urban: Semak penceritaan seolah-olah benar, sumber berantai, latar dekat, peristiwa luar biasa, serta penyebaran dan variasi.
Kedua-duanya boleh membawa nilai, kebimbangan sosial dan amaran. Sebuah cerita boleh menggabungkan kedua-duanya. Kepercayaan dalam cerita bukan bukti fakta; ciri berbeza mengikut konteks budaya.
88.9%8 daripada 9 cerita mengandungi unsur pantang larang atau legenda urban.
58.2/100Purata markah
Pecahan kategori cerita
Kategori
Cerita
Peratus
Pantang larang
3
33.3%
Legenda urban
5
55.6%
Kedua-dua
0
0%
Tiada
1
11.1%
Penilaian mengikut kumpulan
Kumpulan
Tajuk
Jenis
Unsur utama
Markah genre /100
SOLSTIZE
Bidikan Akhir
Legenda urban
Kamera antik bersumpah
75.0
AWQUADSTUDIO
Anang
Pantang larang
Ingkar larangan, kencing di pokok, tidur tanpa basuh kaki
71.25
BOO-TIFUL
Spirit Seeker
Legenda urban
Khabar angin hantu asrama yang akhirnya dirungkai
61.25
Hi-TAM
Jahit
Pantang larang
Menjahit waktu Maghrib, mata dijahit
61.25
STUDIOINDERA
Orang Kata
Legenda urban
Legenda asrama (tapak kaki basah, baju terbang)
60.0
SUTRA
Suay
Pantang larang
Membuka payung dalam rumah
60.0
A4 STUDIO
Radio Malam
Legenda urban
Pemanggil misteri radio malam
56.25
STONKERS
Cleaved
Tiada
Alam Bunian (mitos, tiada larangan)
43.75
VVCO.
The Red Bottle
Legenda urban (kabur)
Botol bertuah dan khabar angin
35.0
Fokus penambahbaikan
Kelemahan paling biasa ialah pengakhiran (G8) dan tema (G7), kerana banyak sinopsis berhenti sebelum penyelesaian. Lengkapkan pengakhiran dan jelaskan tema melalui tindakan serta penyelesaian cerita.
Tiga klasifikasi untuk semakan
Cleaved: Dikelaskan sebagai Tiada kerana Bunian ialah mitos rakyat tanpa larangan atau ciri legenda urban. Jika kepercayaan rakyat secara umum diambil kira, peratusan menjadi 100%.
Anang: Unsur pantang larangnya tersirat sahaja, tidak dinyatakan dalam teks.
The Red Bottle: Teks berbentuk nota; klasifikasi legenda urban kurang pasti.
Salam sejahtera dan Salam UiTM di Hati Kita. Penilaian logline dan sinopsis menggunakan Kerangka Penilaian Cerita Animasi Pendek (KPCAP). Tugasan ini menilai keupayaan membina konsep penceritaan animasi yang padat, berstruktur dan visual. Setiap kumpulan atau individu perlu membuat semakan kendiri berdasarkan empat dimensi berikut.
Maklum Balas Kumpulan Anda
Pilih nama kumpulan anda, kemudian buka PDF maklum balas. Baca ulasan, bincangkan bersama ahli kumpulan dan gunakan maklum balas tersebut untuk menambah baik logline serta sinopsis.
Maklum balas akan dipaparkan selepas kumpulan dipilih.
150–250 patah perkataan · Orang ketiga · Masa kini · Termasuk klimaks dan pengakhiran.
Pilih dimensi untuk melihat kriteria penilaian.
ATeras Dramatik Logline25markah
Kejelasan watak utama, matlamat konkrit, halangan dan kepentingan kejayaan atau kegagalan.
A1 · Protagonis
A2 · Keinginan & matlamat
A3 · Halangan utama
A4 · Stakes (kepentingan hasil)
BNaratif & Struktur Sinopsis45markah
Alur cerita lengkap, hubungan sebab-akibat, klimaks, keputusan penentu protagonis dan perubahan nilai.
B1 · Pengenalan
B2 · Peristiwa pencetus
B3 · Perkembangan konflik
B4 · Hubungan sebab-akibat
B5 · Organisasi plot
B6 · Klimaks
B7 · Penyelesaian & perubahan nilai
CKesesuaian Animasi Pendek20markah
Utamakan aksi visual dan fokus cerita yang sesuai untuk animasi 1–3 minit.
C1 · Potensi penceritaan visual
C2 · Fokus cerita
C3 · Skop & durasi
DFormat & Keselarasan10markah
Logline satu ayat; sinopsis 150–250 patah perkataan, orang ketiga dan masa kini. Fakta kedua-duanya mesti selaras.
D1 · Kejelasan logline
D2 · Kejelasan sinopsis
D3 · Keselarasan logline–sinopsis
Jumlah: 100 markahA 25% · B 45% · C 20% · D 10%
Peraturan pemarkahan khusus
B6 & B7 — Pengakhiran sinopsis: Sinopsis tidak boleh berbentuk teaser. Pengakhiran wajib lengkap; jika tidak dinyatakan, markah B6 & B7 terhad kepada maksimum 1 markah.
B4 & B6 — Penyelesaian: Penyelesaian yang bergantung pada nasib atau kebetulan, bukan tindakan penentu watak, mengehadkan markah B4 & B6 kepada maksimum 2 markah.
Semakan kendiri sebelum penyerahan
Nyatakan keseluruhan plot, termasuk klimaks dan penyelesaian, dalam sinopsis.
Pastikan logline padat, satu ayat dan selaras dengan sinopsis.
Tunjukkan cerita melalui aksi visual; elakkan pergantungan berlebihan pada dialog atau narasi dalaman.
Semak skop cerita agar sesuai untuk animasi pendek 1–3 minit.
Explore the pre-production process through visual concepts, story development, character and environment design. Develop mood boards, shape your narrative into an animatic, and bring your work together in a digital portfolio.
YOUR STUDIO TOOLKITPs PhotoshopSb Storyboard ProBē Behance
What you’ll achieve
03 learning outcomes
Your pre-production roadmap
14 teaching weeks · 28 September 2026 – 10 January 2027
Three assessments. One complete pre-production journey.
100% continuous assessment
Past Assignment Examples
Attention all students, Here is a reference link containing examples of past assignment submissions for this subject. Please use these as a guide for your own work: